Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, 17 June 2015

Its that time of the year!

So its been about 1 year since I last blogged. 

When starting this post, I don't know what to write about. Hehe.

After thinking about it, I thought, how about .. a post on Ramadhan!  Totally the right time right!

So, first and foremost Selamat Berpuasa everyone! Hope everyone had sahur this morning. Here's what happened on my first day of Sahur.

I set the alarm at 4.45am. The plan was bangun and masak nasik and simple dishes for our sahur.  Then, when the alarm rings, Umar pun terjaga sama. So I stayed for a while to put Umar back to sleep. Tapi sampai 5.15 Umar takmau tidur. Since Umar is breastfeeding had to change plan kejut husband mintak tolong beliau masak nasik.

5.20 Umar takmau tidur jugak terus bawak Umar turun bawah and I took over the kitchen. Pastu while waiting for nasik to masak tgk tv kejap when suddenly realized kenapa nasik masak lambat sangat? Tengok rupanya periuk nasik terpadam tiba-tiba short circuit kot. Fine.. It was already 5.30. So terpaksa ambil nasik yang dah haflway cooked tu letak atas dapur and let it cooked for a few more minutes. 

5.35 baru start makan. Makan dengan lajunya sebab 5.41 dah masuk subuh. Tengah makan dengan lahap tuuuu tiba-tiba azan Subuh! wuaaaaaaaaa
TAK SEMPAT MINUM AIRR... Dah laa makan lauk pedassss.-____- wuwuwu..

On this note, i recalled having a chat with my colleague who's working abroad. I asked her how's Ramadhan over there?

Her reponse was,

'Oh nothing much different. Its just that now is summer, so Imsak is at 2.53am and Maghrib is around 9.40pm

Whaaaaat?!

19 HOURS reallyy?!!

Syukurrr I'm in Malaysiaa tak minum air pun takpaa insyaAllah boleh tahan sebeb 8 jam aje!=) 

So wherever you are, Happy Fasting everyone! May this Ramadhan brings us closer to Allah insyaAllah.

See you next time!

Bangun sahur jugak



Thursday, 7 August 2014

Umar's first Raya!



Umar Hakim , pagi 1 Syawal 1435H


Cuba teka siapa yang lagi excited? Ummi ka Umar?

Hehehe.. Bukti-bukti Umar LAGI excited sambut raya dari Ummi and Ayah =P

BAJU RAYA 

Tema awal : Merah

Umar- Mula beli from the 2nd week of Ramadhan. Total baju.. more than a few pairs definitely =P

Ummi - Tok Umar belanja kain untuk Ummi. Hantar tailor minta buatkan nursing opening kat depan - Hasilnya : agak Disaster. 

Ayah - Malam raya beli di uptown Sungai Petani . Takda size takda warna tema. Ummi paksa beli juga warna yang Ummi rasa lawa *sebenarnya tak lawa sangat*. Sampin Ummi lupa bawa dari KL. Nak beli sampin baru ayah tak mau. -merajuk le tu. =P 

Pagi Raya 1 Syawal 1435H

Umar - Baju Melayu Tok present. Perfect!

Ummi - Loan baju tok sebab baju Ummi tak sama warna dgn Umar and Ayah. *Nasib sama size!*

Ayah - Ummi konfiden masa beli baju ni warna sama dengan baju Umar yang tok bagi. 


Tadaaaa! TAK SAMA. Sampin : Loan dengan Acu. hohoho


Kesimpulannya : Tema pagi 1 Syawal : Ikut Suka Hati.


TAPI, tengahari 1 Syawal baruuu keluar gate rumah nak pergi beraya, Umar buat ONAR. Poo Poo habiss kena seluar AND Sampin ayah! 

Masuuuk balik tukar baju pakai TShirt Tom and Jery sudeh. Ayah TAK pakai sampin. Masa nak cuci poo poo, Umar tarik tudung Ummi. Basah and renyuk.

Tema tengahari 1 Syawal : Caca Merba.  YES.  


BALIK KAMPUNG

Tahun ni beraya di SP my Hometown. Tapi ada me and my brothers saja. Tak cukup korum. My sisters semua turn in laws. So tak apalah kami lah penyeri raya tahun ni =)

Balik raya awal. Khamis (26 Ramadhan) lepas suhur dah bertolak.  Sebenarnya nak balik malam Rabu tu lagi. Tapi biasalah Ummi tidurkan Umar, Umar pun tidurkan Ummi. Lajak sampai pukul 3 pagi baru bangun kemas beg. Pukul 5 baru ready suhur semua siap-siap then bertolak. 

Alhamdulillah jalan tak jam and smooth journey all the way. Umar pun tidur sepanjang perjalanan.*nampak tak Umar excited nak balik raya* =P

Sampai di SP pukul 10 pagi macam tu, borak-borak dgn ayah then pengsan setengah hari. Petang pergi bazar Ramadhan. Berbuka.Tidur lagi. *jet leg ke hape tu*

Jumaat- Misi mencari baju raya ayah. Nak pergi Pekan Rabu awalnya. Sekali keluar pun dah pukul 11 , (tinggal Umar kat Tok Ayah) so bincang balik tak jadi pergi takut kedai banyak tutup sebab Jumaat Kedah cuti plus nak solat Jumaat semua lagi lecey. Pergi kat tapak bazar SP kedai pun tak buka. Makanya pergi Tesco pusing-pusing sampai penat then balik.

Sabtu - Keluar pergi Giant saja-saja . Malam pergi bazar raya. (Tinggal Umar kt Tok & Tok ayah again. heheh. Excited la sangat umar nak beraya=) Syiok! Banyakk gerai. Meriah habis. Jumpa la baju raya utk ayah yang Ummi berkenan. Ayah terpaksa redo. *Kenapa baju raya ayah, Ummi sibuk nak pilih? Biasa laa isteri mithali. hahah*



Sungai Petani sesak di malam raya. Meriah!


Ahad - Paid a visit to sekolah baru Tok Umar. Mentang-mentang la Cikgu and students semua cuti raya, kami anak-beranak pergi teman Guru Besar set up office baru. Umar umur 4 bulan dah pergi sekolah jumpa Guru Besar. hehehe. Petang prepare bahan-bahan masakan, tolong tok masak juadah berbuka and rendang ayam untuk esok nak raya.

Isnin- Raya!


1 Syawal 1435H

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berhari raya. Bangun, mandi, solat subuh, iron baju. Good boy Umar tak bangun lagi senang Ummi nak buat kerja.
Sembahyang raya. Most of the years kami sembahyang raya dalam kereta. Sebabb lambatttt sampai masjid orang dah habis solat. Hahahahah.
Tahun ni cemerlang! Pukul 8 dah keluar ke masjid hasil bebelan and peringatan tok yang berterusan. Sembahyang start pukul 9 . Awal jugak la kami sampai. Clap.clap.clap =) *oh. kami refers to TokAyah, Ayah and Acu.Umi and Tok tak g solat jaga Umar=)*.

Balik sembahyang, Ummi and Tok pulak yang kelam kabut baru nak pakai baju raya dari pagi dok sibuk hidang ketupat rendang and siapkan Umar. Kami punca pulak dah. Syukurlah semua gentlemen penyabar orangnya=)

Dah siap semua. Salam raya and bermaafan. Nak syahdu-syahdu memang tak jadi kalau beraya dengan tok and tokyah. Asik gelakk ja. Tak serious tak focus! hehe. Then acara bagi duit raya and bergambar. 



Drama tok and tok ayah di pagi raya. Nak bermaafan gelak-gelak dulu.hehe


Salam duluu baru mintak duit raya



Menantu pilihan =)

Sambil-sambil tu makan ketupat and nasik goreng (nasik malam tadi tak habis pagi ni buat nasik goreng). Di Kedah ketupat nasi jarang ada. Most rumah hidang ketupat palas. Nyam Nyam.

Dah kenyang, baru bertolak ke Alor Setar beraya to my auntie's house and tok-tok sedara yang lain. Makan ketupat sampai separa mabuk, then balik SP kejap mandi siap-siap pergi Bukit Mertajam pula rumah sedara belah Tok Ayah.



Umar and his cousin Faheem

Makan lagi sampai perut tak boleh terima dah baru terasa nak balik.

Alhamdulillah. End of Day 1.


2 Syawal 1435H

Pagi semua bangun pening-pening lalat sikit makanan semalam tak habis digest lagi. Acara mendobi pakaian. Rehat-rehat, makan ketupat lagi tengok tv.

Petang- Umi, Ayah and Umar dah bertolak balik ke Putrajaya sebab esoknya ayah kerja. Masa nak balik and salam dengan tok and tok ayah baru syahdu. Huaaaa.. Nanti kami balik lagi ok tok and tok ayah! Take care!

Alhamdulillah smooth journey cuma kereta banyak juga. Jam sikit sebelum terowong Ipoh tu then lancar. Berhenti di RnR Tapah, makan and solat then terus sampai Putrajaya.


Umar teman Ummi solat di RnR

3 Syawal 1435H

Ayah Kerja.

Ummi basuh baju and kemas rumah. Umar melekat dekat Ummi sambil Ummi buat kerja. Ada gam agaknya dekat Ummi ni sebab tu umar melekat aje. Tapi takpa. Ummi suka=)


4 Syawal 1435H

Raya di Langat yay!

Tapi kat Langat tokma and tokyah tak balik lagi dari Kampung. Jadinya, sementara tunggu tokma and tokyah and ciksu and cikngah and paklang balik, ummi and ayah and Umar lepak SOGO dulu. Amboi. 



Beraya di SOGO =)


Cari hadiah untuk Cikngah nak g Madinah. Cikngah Umar dapat kerja di Madinah. Seronoknya! Congrats Cikngah!! Jangan lupa Umar! Nanti kami nak pergi sana okay!

Pukul 4 baru sampai di Langat. Bawa kuih raya untuk Tokma sebab Tokma kata tahun ni tak beli kuih raya pun. Tup Tup tengok kat dapur tu ada la 8 balang kuih raya + kerepek + kacang. Tokmaa kalau tak beli macam ni kalau beli macam manaa?? hahahah. Takpa raya setahun sekali =)


5 Syawal 1435H

Kemas rumah tokma sebab esok ada majlis doa selamat sempena Hari Raya and CikNgah nak bertolak ke Madinah.

Siap-siapkan bahan masakan untuk majlis esok.

Petang lepas Asar, Ummi, Ayah and Umar ngelat kejap pergi ke Bidor, Perak kawan rapat kami nikah. 

Dekat saja Bidor Alhamdulillah Umar pun okay. Malam tu after majlis nikah, kami tidur di Bidor. Pengantin baik sediakan homestay untuk geng perempuan and hotel untuk geng lelaki. Kami semua geng silat masa di UM dulu. Memang rapat macam adik beradik. Kalau siapa-siapa kahwin rasa macam tak sah kalau tak attend. Malam tu di homestay sesi gossip la of course. Siap ada kanak-kanak and bayi yang join gossip sebab masing-masing dah ada family. Macam nursery dah di homestay tu dengan budak merangkak, berlari, menangis semua. Ok fine. Sesi gosip bertukar jadi sesi Child care and sesi mak-mak ambil petua jaga anak and resipi masak-masak. =)



Geng Silat UM yang makin sihatt semuanya =)


Geng lelaki ngeteh dekat mapley sampai pukul 3. Elok la tu. Bincang masalah negara gamaknya.


6 Syawal 1435h

Pukul 7 pagi kami bertolak balik ke Langat. Kesian tokma tokyah semua kami tak tolong sangat.

Sampai Langat, terus tukar uniform tolong apa yang patut. Pukul 12 tetamu dah mula datang. Lepas Zohor orang Surau datang by pukul 2 macam tu rumah full house. Adik beradik Tok Ayah ada 10 orang campur anak-anak, cucu-cucu ada lah dalam 50 orang. Kawan-kawan CikNgah yang diraikan ada dekat 20 kereta kot. Kawan-kawan Ciksu and Paklang plus jiran tetangga and sedara Tokma semua memang Alhamdulillah la majlis meriah berjalan lancar. Ayam 10 ekor setel. Masak lomak rebung and sambal tempoyak lariss!

Pukul 1 pagi last tetamu balik. Kami semua pengsan macam kena tembak. 




Orang paling penat sekali =)



7 Syawal 1435H

Bangun, makan nasik goreng (nasik lebihan majlis semalam digoreng) baru mula kemas rumah and basuh-basuh semua. 

Tengahari lepas solat Zuhur berjemaah, baru berkesempatan bersalam raya and bermaaf-maafan dengan Tokma TokAyah semua. Family belah Ayah memang syahdu kalau bersalam-salaman. Basah jugak la telekung raya kami ditambah lagi dengan Umar yang menangis lagi kuat dari semua orang sebab takda siapa layan dia.hehe.




Siapa yang lagi excited niii ?? 




Cucu sulung semua orang sayang..hehe



Ciksu, Ummi, Cikngah and Umar!




Tokayah tak pandang camera pun!


Sesi bagi-terima duit raya, then off we go to Majlis Rumah terbuka Rumah Pak Ngah.

Petang balik dari rumah Pak Ngah terus ke Putrajaya.

Home sweet home *Not so sweet sangat la baju nak basuh and lipat bertimbun*


Today 8 Syawal 1435H back to rutin biasa. Kerja-nursery. Ummi teringat-ingat dekat Umar ni almaklumla seminggu melekat dengan Umar.

Ofis masih ada yang cuti. Esok baru full korum rasanya. 

Syukur Alhamdulillah raya tahun ini sangat bermakna sebab kami ada Umar beraya bersama. Umar has been a very good boy sepanjang raya, tak meragam, tak nangis bila orang lain ambil dia and berpura-pura cute bila orang agah dia.

Di celah-celah keseronokan raya teringat juga pada saudara kita di Palestin yang masih berjuang menegakkan syiar Islam. Insaf dan bersyukur sedalam-dalamnya Malaysia masih aman. Berdoa sangat-sangat semoga perjuangan saudara kita di Palestin diberi kemenangan dan mereka diberi kekuatan dan ketenangan menghadapi dugaan sebegini besar.

Mudah-mudahan diberi kesempatan lagi untuk sampai ke Ramadhan akan datang. Pohon ampun dan maaf kepada semua dari kami Munirah and Na'imullah atas semua kekhilafan sepanjang perkenalan kita.

Business is back as usual. Europe Trip is ON! Contact me to know how to get your free tickets with GLAMJourneys and JOM pakai Premium Beautiful to get in shape semula setelah berpulun makan masa raya!


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin from us
MunirahZaki, NaimullahZaini and UmarHakim 



Love, 
MunirahZaki
 012-5361508

Wednesday, 28 August 2013

Raya 2013 celebration

Assalammualaikum and Happy Hari Raya to all!

Harapnya masih belum terlambat untuk wish hari raya ! :)

This year was my first year celebrating raya as a wife and a mom to be ;) So raya this time was definitely a whole new experience for me and of course hubby too! We got to discuss which hometown to go back first and which is later! Rasa adult habis! ;)

Since on hubby's side there will be a family gathering at Melaka (atok's house) for every alternate years, it turned out that raya this year was the year of the gathering. So meaning if we miss this time gathering we will be missing it for the rest of the years! So sudah terang lagi bersuluh, our first raya we were in Melaka!


Tema orange tahun ni sebabnyaaaa ada orang malas nak cari baju raya baru, nak pakai baju kawin dia.. hish!*Suami siapa la tu*


Memang nervous tak payah cakap la kan since this was my first raya so macam tak tahu nak expect apa. Nak kena control ayu ka, nak kena buat selamba ka or nak kena jadi macam semangat-semangat? Hehehe =)



However it turned out, memang  raya di Melaka sempoi habis! 



WHY?


Sebab ramai!

Ayah mertuaku ada SEPULUH orang beradik-beradik!
Imagine bila semua bawa anak cucu masing-masing!

So no worries of people paying attention to you since there's a lot more work to do rather then ngabihkan masa nak usha I. heheheh ;) 


Jadi, malam raya tu kami gotong-royong masak! 

Aktiviti potong-potong bawang sambil bergossip ;)


Then main mercun tak payah cakap la. Macam-macam adaa!! Yang macam masa Hari Merdeka warna-warni tu pun ada! hahah! Excited kejap =p


Pagi raya:



Ini ayah semangat tunjuk sekolah dia dulu=)

Lepas sembahyang raya tu, balik makan-makan rest pastu plan nak pergi beraya. Alih-alih semuaaa terlajakkk tidur. Penat sangat gamaknya malam tadi bergotong royong ;) 


Ok takpa lah. Dah recharge semuanya, malam tu kami buat barbecue!

Barbecue kambing and ayam! Terbaiklah!


Raya ke-2, baru lah plan pergi beraya menjadi! Tak tahan rombongan pergi beraya sampai 5-6 kereta. Terkezut tuan rumah macam batalion! hehe.

Since, husband and I planned to shoot back to Kedah on that very same day, so we joined a few houses than went back straight to Kedah my hometown! 


Rasanya itu dulu untuk kali ini.

Nanti Kedah punya story in another post ya. Too long and its lunch time. Little munchkin want something sweet for lunch;) 

Thank You for your time =)




Again Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin   
  -from munirahzaki and naimullahzaini -

Wednesday, 10 July 2013

RAYA SUPER BONANZA!




Salam to all dear readers and friends,

Great news to all!!

RAYA SUPER BONANZA IS NOW HERE!

Ramai yang masih tercari-cari produk untuk pastikan badan cantik menarik semasa Raya nanti. 

So, Muni berbesar hati nak maklumkan sempena Ramadhan yang mulia, Muni akan buat CUT DOWN DEALS for Premium Beautiful Corset, The number 1 corset in Malaysia!

Potongan Harga sebanyak RM150 bagi setiap set dan
PERCUMA 1 PB Wash bernilai RM45!!


Tawaran ini sah sehingga 26 Julai 2013 sahaja. Stok terhad jadi cepat-cepat dapatkan satu set untuk diri sendiri okay!

KENAPA PREMIUM BEAUTIFUL?

SuperBrand Award (Quality & Demand)
Seperti kita tahu, Premium Beautiful Corset adalah satu-satunya corset yang mendapat Superbrand Award di Malaysia!

Superbrand award hanya dianugerahkan kepada produk yang mempunyai kualiti dan permintaan yang tinggi sahaja dan tidak dibuka untuk permohonan secara terbuka kepada mana-mana syarikat kecuali atas jemputan.





Far Infrared Ray (FIR embedded)
Far Infrared Ray (FIR) sejenis bentuk tenaga haba disulam ke dalam material korset untuk mebantu melancarkan pengaliran darah dan membakar kalori berlebihan 





International Chiropractic Recognition ( Proven to be effective) 
Premium Beautiful terima pengiktirafan dari Persatuan Pakar Tulang Dunia (American Chiropraction Association) kerana terbukti berkesan membantu mengurangkan masalah berkaitan tulang belakang seperti slip disc dan bongkok melalui rekaan corset yang dan tetulang memori yang berupaya untuk memegang dan memastikan postur badan yang tegak dan menarik.




Fabrik Akwatek & Akwadyne (Soft, Comfortable & Flexible)
Fabrik yang sama turut digunakan dalam pembuatan pakaian renang penyelam (flexible) dan pakaian angkasawan (antibacterial & antifungal) ke angkasa lepas.



dan banyak lagi sebenarnya kebaikan PB kalau nak disenaraikan.


So, just give me a call and I would be happy to explain to you further about our number 1 corset ;)


Get yours now!

Munirah
012-536 1508

Friday, 31 May 2013

Projek Buat Duit Raya!


Assalammualaikum dan hai semua!

Ada berita baik untuk semua!

Bulan Jun adalah bulan terbaik untuk mulakan sesuatu yang luar biasa!! 

Bermula bulan Jun 2013, Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) akan laksanakan Projek Megaraya khas untuk bantu semua GLAMpreneurs kumpul DUIT RAYA!!





Sangat MENGUJAKAN!!

Dalam tempoh 3 bulan bermula esok (1 Jun 2013),  Muni dan mentors dari GLAM akan kongsikan pelbagai strategi dengan semua rakan kongsi bagaimana untuk dapatkan budget raya sehingga RM6,000 - RM10,000!!

So Muni nak mengalu-alukan semua pembaca, rakan-taulan, sedara mara dan semua yang di luar sana untuk ambil peluang ini untuk kumpul budget raya tahun ini agar raya tahun ini lebih bermakna!

Bukan nak suruh bermewah-mewah. Tapi nak bagi pilihan.




Kalau kita ada pilihan untuk bagi duit raya lebih untuk mak ayah kita kan bagus? Kalau sebelum ni boleh bagi RM100-RM150, tahun ni kita target untuk bagi lebih maybe RM500-RM1,000. Mesti orang tua kita lagi happy..




Kalau sebelum ni bajet untuk servis kereta nak balik raya tak berapa nak ada, buat servis pun yang basic je sebab budget tight, tahun ni kita buat major servis siap tukar tayar 4 sekali! Mudah-mudahan lancar dan selamat perjalanan kita !





Kalau kita ada pilihan untuk bantu kakak-abang, adik beradik kita untuk hulur sikit budget raya, why not? Kalau bukan kita yang nak tolong, siapa lagi? Kalau tak bagi duit pun, boleh beli hadiah tudung raya or beg tangan raya pun jadilah! Tak pun sponsor baju  tema raya untuk satu family! Baru raya lebih seronok!



Kalau kita ada pilihan untuk siapkan duit raya untuk anak-anak buah sebelum ni RM2-RM5 seorang, tahun ni kita niat nak bagi lebih sikit. Sebab Allah bagi rezeki kepada kita untuk kita kongsi dengan orang lain. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak Allah bukakan pintu rezeki kita InsyaAllah. Tahun ni kita target terus nak bagi kat mak-pak sedara sekali. Sebab masa kita kecik dulu, makcik pakcik pun bagi duit raya dekat kita!



Banyak lagi sebenarnya pilihan yang kita boleh buat kalau nak list dekat sini. Tapi kita ja yang taknak ambil pilihan tu.

So tahun ni kita mesti nak ada perbezaan dengan raya tahun lepas! Kita kena bertambah baik! 

Dengan GLAM insyaAllah, kita ada barisan mentor yang hebat-hebat macam Hanis Haizi, Razali Zain dan Naa Kamaruddin . Mereka dah berjaya! Dari orang biasa-biasa (suri rumah sepenuh masa), dah jadi orang luar biasa! 

Bukti di depan mata! Memang tak ada helah. Kalau nak berjaya mesti BERANI ambil langkah luar biasa dan USAHA yang bersungguh-sungguh!


Jadi tak perlu takut dan teragak-agak okey! Pilihan di tangan anda. Muni tak paksa. Cuma nak beri lebih pilihan=) Call me for free consultation.


Wassalam.


Salam sayang,

Munirah
0125361508