Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Wednesday, 28 August 2013

Raya 2013 celebration

Assalammualaikum and Happy Hari Raya to all!

Harapnya masih belum terlambat untuk wish hari raya ! :)

This year was my first year celebrating raya as a wife and a mom to be ;) So raya this time was definitely a whole new experience for me and of course hubby too! We got to discuss which hometown to go back first and which is later! Rasa adult habis! ;)

Since on hubby's side there will be a family gathering at Melaka (atok's house) for every alternate years, it turned out that raya this year was the year of the gathering. So meaning if we miss this time gathering we will be missing it for the rest of the years! So sudah terang lagi bersuluh, our first raya we were in Melaka!


Tema orange tahun ni sebabnyaaaa ada orang malas nak cari baju raya baru, nak pakai baju kawin dia.. hish!*Suami siapa la tu*


Memang nervous tak payah cakap la kan since this was my first raya so macam tak tahu nak expect apa. Nak kena control ayu ka, nak kena buat selamba ka or nak kena jadi macam semangat-semangat? Hehehe =)



However it turned out, memang  raya di Melaka sempoi habis! 



WHY?


Sebab ramai!

Ayah mertuaku ada SEPULUH orang beradik-beradik!
Imagine bila semua bawa anak cucu masing-masing!

So no worries of people paying attention to you since there's a lot more work to do rather then ngabihkan masa nak usha I. heheheh ;) 


Jadi, malam raya tu kami gotong-royong masak! 

Aktiviti potong-potong bawang sambil bergossip ;)


Then main mercun tak payah cakap la. Macam-macam adaa!! Yang macam masa Hari Merdeka warna-warni tu pun ada! hahah! Excited kejap =p


Pagi raya:



Ini ayah semangat tunjuk sekolah dia dulu=)

Lepas sembahyang raya tu, balik makan-makan rest pastu plan nak pergi beraya. Alih-alih semuaaa terlajakkk tidur. Penat sangat gamaknya malam tadi bergotong royong ;) 


Ok takpa lah. Dah recharge semuanya, malam tu kami buat barbecue!

Barbecue kambing and ayam! Terbaiklah!


Raya ke-2, baru lah plan pergi beraya menjadi! Tak tahan rombongan pergi beraya sampai 5-6 kereta. Terkezut tuan rumah macam batalion! hehe.

Since, husband and I planned to shoot back to Kedah on that very same day, so we joined a few houses than went back straight to Kedah my hometown! 


Rasanya itu dulu untuk kali ini.

Nanti Kedah punya story in another post ya. Too long and its lunch time. Little munchkin want something sweet for lunch;) 

Thank You for your time =)




Again Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin   
  -from munirahzaki and naimullahzaini -

Monday, 21 January 2013

Convocation Day

15 Januari 2013 melakar sejarah dalam kerjaya saya sebagai kakitangan sektor awam. Hari Graduasi pegawai-pegawai 'Pitidi' bilangan 1/2011 menunjukkan berakhirnya sudah tempoh percubaan kami selama 2+1 tahun dalam sektor kerajaan dengan Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 6 bulan sebagai kemuncak tempoh tersebut. 

Segala momen yang telah ditempuhi bersama rakan-rakan seperjuangan akan kekal abadi dalam memori hidup saya dan akan dikhabarkan kepada generasi anak cucu saya kelak untuk dijadikan pedoman yang mana yang jernih dan dijadikan sempadan yang mana yang keruh.Yang pasti, walaupun telah bergelar Graduan, hari ini bukan merupakan titik noktah kepada perjalanan kerjaya saya, namun pencapaian hari ini akan dijadikan ukuran untuk saya lebih berjaya pada masa akan datang. 

Sesungguhnya, kejayaan ini tidak akan saya tempa tanpa pengorbanan dan doa dari insan tersayang. Terima Kasih Allah atas segala nikmat kurniaanmu.. Terima Kasih Mak dan Ayah atas doa yang tak jemu-jemu.. Terima Kasih Suami atas setia dan kasih yang tak berbelah bagi, Tuan/Puan Fasilitator UDPA yang lelah menjaga kami serta kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih untuk segala. Mudahan bertemu lagi di lain masa dan ketika itu, saya pasti masing-masing telah menempa nama. Kepada pengunjung setia, silakan menatap momen-momen yang dirakam.. Moga kalian  juga berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ceburi..



Kawan-kawan di hari Raptai Graduasi - Gegar sebab terlalu eksaited


Perempuan-Perempuan.. Not in the pic : Masrina Zainal


Sahabat Baik Sayaa-- Tolong buat Homework sayaa



Ini Dia : Yang dinanti-nanti..


Ini saya di pagi Hari Graduasi- Berpakain Rasmi 


Teman-teman seperjuangan saya

Ini yang geng lelaki-lelaki
 

Geng Saya : Not in d pic : Masrina and Wani
 

Kami kuat tidur - selalu TERponteng kelas sebab ketiduran..
 


Kakak Manis Saya : Main perang-perang dalam Wataniah sama-sama


Ini memang tak boleh lupa : Velangkass!


Ini saya. Usai terima sijil dari YBhg Dato Sri KSN
Cinta hati saya - Setia dan sabar hingga ke akhir


- Ini dia -
.
.
.
.


 Azam baru Tahun 2013 saya, doa saya biarlah kita cemerlang dalam semuanya. Baik dunia yang sementara mahupun akhirat yang kekal abadi. 

Sama-sama kita usaha yuk!

Sehingga berjumpa lagi. Tulisan kali ini saja verangan tulis yang puitis-puitis macam penulis yang saya minat Fynn Jamal. Haruslah tak samaaaa. Hukhuk. Tapi saya cuba!hehe



Ikhlas,
Munirah