Showing posts with label OnlineBusiness. Show all posts
Showing posts with label OnlineBusiness. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

Berniaga pintu rezeki

BERNIAGA..

Selalu kita dengar hadith nabi SAW yang mengatakan 9/10 pintu rezeki datangnya dari berniaga. I did some background checks dan didapati hadith tersebit hadith daif kerana terputus sanadnya. 

Tetapi, tidak bermakna berniaga itu tidak baik, bahkan Nabi sendiri pernah berniaga.

Islam kata sebaik-baik pekerjaan adalah kerja hasil tgn sendiri...



Rezeki melimpah sang arnab =)


Sejak dah dapat anak ni, semangat nak berniaga makin membuak-buak. Nak berniaga hasil tangan sendiri. Rasa macam puas hati tengok brand sendiri orang pakai kan. And of course nak berniaga supaya dapat time freedom boleh golek-golek dengan anak bila kita nak.

Sebab kalau berhenti kerja untuk dapatkan time freedom, tapi tak ada income, tak syok juga. Nak beli itu ini nak bebankan husband pulak. 

Nak berniaga ni idea datang macam-macam. Memang seronok berangan.

Tinggal nak buat ja. 

Kalau tak start memang angan-angan akan tetap jadi angan-angan. 

Muni dah start. Alhamdulillah. Dah mula dari bawah dengan Glampreneur dan BeautifulCircles. Belajar cara nak buat marketing, belajar tentang produk and belajar cara nak buat networking.

Sekarang masih buat part time untuk business ni. Dapat side income untuk berfoya-foya! bayar hutang and simpanan=) 

Dah ada basic dalam berniaga, sekarang dalam perancangan untuk ke next level dalam dunia perniagaan. Brand sendiri pula. Lagi bagus dua side income=). Mudah-mudahan lagi 2-3 tahun dah boleh jadi my main income so dah boleh berhenti makan gaji dan jadi bos sendiri. Lagi mudah urus masa =)

Sesiapa yang interested untuk belajar cara-cara nak berniaga boleh pm saya untuk kita share sikit sebanyak apa yang saya ada.

Mudah-mudahan bermanfaat.

KENA BERTINDAK. Tak ada masa yang sesuai kalau nak tunggu. 


Love,
MunirahZaki
012-5361508
**Jom tingkatkan amalan, bumi makin tua**



Tuesday, 12 February 2013

Malaya Dalam Genggaman


Alhamdulillah.. Akhirnya Malaya berada dalam genggaman.. *Read: Dah habis pusing satu Malaysia=) hehe....

Semua negeri dah jejak dan petang tadi jam 4.30 ptg baru kembali dari negeri terakhir yang dijejak, negeri SABAH di Bawah Bayu.. Pergi untuk tujuan kerja, makanya, memang tak sempat untuk pusing satu negeri. Lain kali harus pergi lagi untuk cuti-cuti Malaysia!

Sabah atau khusunya Kota Kinabalu (KK) - the state capital, memang banyak tarikan. Among the attractions are the food, (seafood and Puding Kelapa), Pearls (Bracelets, Necklaces, Butang Baju Melayu, Brooches and what not), the beautiful islands - Semporna, Sipadan, Mabul and of course Mount Kinabalu - The highest peak in Malaysia.



Ketammmm!

Thank You Pn Harlina and Husband
Penaja dinner ..makan sampai lobamm!!


Udang lompat-lompat nak suh makan dia!


Untuk orang Semenanjung yang pergi sana dan tak ada transport, memang kena sedia duit lebih sikit untuk transportation. Fortunatey, since this is a company's trip, our officers in INTAN, Sabah has been very kind and helpful to bring us around KK and show us some good spots for food and shopping.



My dream has always been to go to the beautiful islands in Sabah and of course to Mount Kinabalu. Hasil borak-borak dengan our driver and from my own research,  kalau nak pergi Pulau Semporna or Mabul or Sipadan, we have to take flight to Tawau and from there take boats to go the islands. And for Mount Kinabalu, of course Kota Kinabalu International Airport (KKIA) is the nearest airport.

According to the locals, kalau naik Kinabalu usually will take 2 days. Climbing will start in the evening, then spend a night at Laban Rata Resthouse (one of the station before arriving the peak) then continue hiking at about 3am in the morning to  reach the peak just in time with sunrise.


Peak of Mount Kinabalu

Laban Rata resthouse

Islands on the other hand are very well-known for their sandy beaches,  crystal clear water and very good snorkeling spots. Kalau untuk handicrafts and souveniers, Pasar Philippine and pasar-pasar sekitar Sabah memang penuh dengan barangan buatan tempatan yang murah-murah and cantik.


Pulau Mabul



Pulau Sipadan



Hasil tangkapan-*Konon tak mau beli apa-apa*


Borong brooch!

Therefore for my next trip to Sabah, will definitely bring my family and In Laws together for a nice relaxing holiday. Oh! Kepada sesiapa yang ada kenal mana-mana tour guide or supir or locals yang boleh tolong bawak kami jalan-jalan with good price and service, please leave your comment ya! Thank you!!


See you soon!

Munirah
-0125361508-




Monday, 21 January 2013

Convocation Day

15 Januari 2013 melakar sejarah dalam kerjaya saya sebagai kakitangan sektor awam. Hari Graduasi pegawai-pegawai 'Pitidi' bilangan 1/2011 menunjukkan berakhirnya sudah tempoh percubaan kami selama 2+1 tahun dalam sektor kerajaan dengan Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 6 bulan sebagai kemuncak tempoh tersebut. 

Segala momen yang telah ditempuhi bersama rakan-rakan seperjuangan akan kekal abadi dalam memori hidup saya dan akan dikhabarkan kepada generasi anak cucu saya kelak untuk dijadikan pedoman yang mana yang jernih dan dijadikan sempadan yang mana yang keruh.Yang pasti, walaupun telah bergelar Graduan, hari ini bukan merupakan titik noktah kepada perjalanan kerjaya saya, namun pencapaian hari ini akan dijadikan ukuran untuk saya lebih berjaya pada masa akan datang. 

Sesungguhnya, kejayaan ini tidak akan saya tempa tanpa pengorbanan dan doa dari insan tersayang. Terima Kasih Allah atas segala nikmat kurniaanmu.. Terima Kasih Mak dan Ayah atas doa yang tak jemu-jemu.. Terima Kasih Suami atas setia dan kasih yang tak berbelah bagi, Tuan/Puan Fasilitator UDPA yang lelah menjaga kami serta kepada rakan-rakan seperjuangan, terima kasih untuk segala. Mudahan bertemu lagi di lain masa dan ketika itu, saya pasti masing-masing telah menempa nama. Kepada pengunjung setia, silakan menatap momen-momen yang dirakam.. Moga kalian  juga berjaya dalam apa jua bidang yang kalian ceburi..



Kawan-kawan di hari Raptai Graduasi - Gegar sebab terlalu eksaited


Perempuan-Perempuan.. Not in the pic : Masrina Zainal


Sahabat Baik Sayaa-- Tolong buat Homework sayaa



Ini Dia : Yang dinanti-nanti..


Ini saya di pagi Hari Graduasi- Berpakain Rasmi 


Teman-teman seperjuangan saya

Ini yang geng lelaki-lelaki
 

Geng Saya : Not in d pic : Masrina and Wani
 

Kami kuat tidur - selalu TERponteng kelas sebab ketiduran..
 


Kakak Manis Saya : Main perang-perang dalam Wataniah sama-sama


Ini memang tak boleh lupa : Velangkass!


Ini saya. Usai terima sijil dari YBhg Dato Sri KSN
Cinta hati saya - Setia dan sabar hingga ke akhir


- Ini dia -
.
.
.
.


 Azam baru Tahun 2013 saya, doa saya biarlah kita cemerlang dalam semuanya. Baik dunia yang sementara mahupun akhirat yang kekal abadi. 

Sama-sama kita usaha yuk!

Sehingga berjumpa lagi. Tulisan kali ini saja verangan tulis yang puitis-puitis macam penulis yang saya minat Fynn Jamal. Haruslah tak samaaaa. Hukhuk. Tapi saya cuba!hehe



Ikhlas,
Munirah